Pasangan kekasih beraksi jelik dalam kereta direman 2 hari

Pasangan kekasih beraksi jelik dalam kereta direman 2 hari

Mereka ditahan selepas tular video perbuatan jelik mereka di tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Pasangan kekasih berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan petang semalam.
PETALING JAYA:
Sepasang kekasih direman dua hari sehingga esok, selepas tular video mereka melakukan perbuatan jelik dalam kereta di tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Sinar Harian melaporkan perintah reman terhadap pasangan itu dikeluarkan Majistret Noorfazlin Hamdan.

Pasangan kekasih berusia 17 dan 22 tahun itu ditahan petang semalam untuk disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama dua tahun.

Hasil siasatan mendapati pasangan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.