
Santosh Magar, 25, dituduh membunuh Raj Kar Ki, 48, di KM447 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Rawang.
Santosh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Tertuduh mengesahkan dia faham pertuduhan itu selepas diterjemahkan jurubahasa. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Majistret Sasha Diana Sabtu menetapkan 22 Mei ini untuk sebutan semula kes.
Selain tuduhan membunuh, Santosh turut mengaku bersalah kerana tinggal lebih masa di Malaysia, melanggar Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat bulan.
Januari lalu, polis menemui sebuah bagasi berwarna hitam yang mengandungi cebisan mayat di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Rawang Selatan. Bahagian badan lain ditemui di tepi jalan.
Kematian warga asing itu berpunca daripada beberapa kecederaan akibat objek tumpul dan tajam, menurut Ketua Polis Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar.