Bekas Ahli Parlimen PKR sertai Santiago dalam SPAN

Bekas Ahli Parlimen PKR sertai Santiago dalam SPAN

Nor Azrina Surip antara 10 anggota SPAN yang menerima watikah pelantikan mereka pagi tadi.

Bekas Ahli Parlimen Merbok, Nor Azrina Surip menerima watikah pelantikannya daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Merbok daripada PKR, Nor Azrina Surip dilantik menganggotai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

SPAN dalam catatan di Facebook berkata, Azrina bersama sembilan individu lain menerima watikah pelantikan daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad pagi tadi.

Beliau menyertai bekas Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago yang dilantik semula untuk mengetuai suruhanjaya itu bulan lalu. Santiago memegang jawatan itu dari 1 Nov 2018 hingga 31 Okt 2020 ketika Pakatan Harapan berkuasa.

Azrina memiliki ijazah sarjana dalam kejuruteraan alam sekitar dari Universiti Sains Malaysia dan ijazah sarjana muda kejuruteraan awam dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau menjadi Ahli Parlimen selama satu penggal selepas memenangi kerusi Merbok di Kedah pada PRU 2018 dengan majoriti 10,072 undi.

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional, Nazri Abu Hassan dengan 21,019 undi pada PRU15 pada November lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.