Penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

Penerbangan domestik ditambah sempena Aidilfitri

Menteri pengangkutan berkata banyak penerbangan tambahan diluluskan termasuk oleh syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata, harga tetap untuk penerbangan akan turut dilaksanakan.
PETALING JAYA:
Sempena perayaan Aidilfitri, kekerapan penerbangan domestik ditambah, termasuk laluan ke Sabah dan Sarawak, kata menteri pengangkutan.

Loke Siew Fook berkata, banyak penerbangan tambahan diluluskan, termasuk oleh Malaysia Airlines (MAS), yang akan menggunakan pesawat lebih besar bagi menampung permintaan, lapor Bernama.

Katanya, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan mengenai kelulusan penambahan penerbangan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan program tenaga diperbaharui Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) di Depoh ERL Salak Tinggi, Sepang, Loke berkata, harga tetap untuk penerbangan akan turut dilaksanakan.

“Dengan itu, kapasiti penerbangan akan bertambah, kapasiti tempat duduk sudah tentu bertambah dan harga purata juga dijangka menurun.

“Jadi, itu pendekatan yang kita guna pakai,” katanya, yang akan mengumumkan kapasiti tambahan itu dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.