Jengkaut terbalik, 2 warga Bangladesh maut

Jengkaut terbalik, 2 warga Bangladesh maut

Mangsa yang dipercayai berusia sekitar 30 dan 40an disahkan maut serta merta di tempat kejadian.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa warga Bangladesh selepas jengkaut yang dikendalikan mereka terbalik di kawasan tapak kuari, Simpang Pulai. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Dua warga Bangladesh maut selepas jengkaut yang dikendalikan mereka terbalik di kawasan tapak kuari, Simpang Pulai, Rabu lalu.

Mangsa yang dipercayai berusia sekitar 30 dan 40an disahkan maut serta merta di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai, Shaharudin Tuan Ali, pihaknya menghantar sepasukan 10 anggota ke lokasi kejadian untuk membantu selepas menerima panggilan pada 8.17 malam.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dalam operasi itu selain dibantu jentolak oleh pihak kilang,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, mayat berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada 9.55 malam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.