26 warga Bangladesh diselamatkan, 2 bulan jadi ‘penganggur’

26 warga Bangladesh diselamatkan, 2 bulan jadi ‘penganggur’

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia menyerbu sebuah rumah di Pelabuhan Klang yang menempatkan pekerja Bangladesh itu.

JTKSM berkata semua pekerja warga Bangladesh dibawah masuk secara sah pada 15 Februari lalu namun majikan gagal memberi pekerjaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai pekerja 26 warga Bangladesh diselamatkan dalam operasi di sebuah rumah di Pelabuhan Klang selepas hampir dua bulan dibawa masuk ke negara.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) berkata operasi itu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja Selangor bermula 12.30 tengahari.

“Semua pekerja diselamatkan itu berada dalam negara hampir dua bulan selepas dibawa masuk pada 15 Feb lalu. Mereka masuk secara sah namun malangnya, majikan gagal memberikan pekerjaan dan menyebabkan mereka tiada sumber pendapatan.

“Operasi menyelamat dilakukan bagi mengelakkan pekerja ini menjadi mangsa penipuan pekerjaan seterusnya dijadikan buruh paksa. Mereka kemudian ditempatkan di rumah perlindungan dirahsiakan lokasinya bagi tujuan keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, JTKSM akan membantu mendapatkan gaji pekerja tersebut dan memastikan mereka diberi pekerjaan sepertimana dijanjikan.

“Bagaimanapun, langkah terakhir adalah menghantar mereka pulang ke negara asal.

“Jabatan tidak akan berkompromi dengan sebarang isu membawa kepada elemen buruh paksa yang boleh menjejaskan imej negara,” katanya.

“Semua majikan tidak kira apa juga sektor diseru agar dapat melaksanakan tanggungjawab sewajarnya selepas membuat permohonan pekerja asing seperti penempatan pekerjaan dijanjikan dan juga penginapan kondusif.”

Pada masa masa, JTKSM mengingatkan majikan supaya mematuhi kriteria dan garis panduan diwajibkan semasa memohon kuota penggajian pekerja asing bagi mengelakkan pembekuan mahupun tindakan disenarai hitamkan,” katanya.

Operasi itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM Mohd Asri Abd Wahab.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.