
Azman Abidin berkata, kerajaan telah menyenarai pendek kira-kira 10 calon termasuk empat pengarah eksekutif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bekas pengarah eksekutif serta calon di luar DBKL.
“Penilaian akan dibuat bagi mengenalpasti calon paling sesuai untuk jawatan tersebut,” katanya menurut The Star.
Tambahnya, kelewatan mengumumkan Datuk Bandar itu tidak menjejaskan operasi harian majlis bandaraya kerana empat pengarah eksekutif dan ketua setiausaha Jabatan Wilayah Persekutuan boleh menjalankan fungsinya seperti dinyatakan dalam Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.
“Saya fikir sebelum ini, pernah berlaku ketiadaan Datuk Bandar selama lebih daripada dua minggu, jadi tiada isu,” katanya.
Mahadi dilantik sebagai Datuk Bandar pada 1 Okt 2020, untuk tempoh dua tahun.
Kementerian Wilayah Persekutuan yang mula ditubuhkan pada 1978 telah disusun semula menjadi sebuah jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri, pada Disember tahun lalu.