Salah doktor kontrak mogok, mereka tak berkesatuan, kata Cuepacs

Salah doktor kontrak mogok, mereka tak berkesatuan, kata Cuepacs

Presidennya Adnan Mat berkata bagaimanapun pihaknya bersolidariti dengan isu membelenggu doktor kontrak.

Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata kumpulan doktor kontrak itu sendiri tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) mengambil tindakan perusahaan seperti mogok kerana mereka tidak berkesatuan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bersolidariti dengan isu doktor kontrak, namun kumpulan itu tidak mempunyai ‘locus standi’ melakukan mogok kerana tidak berkesatuan.

Presiden Cuepacs Adnan Mat, berkata tindakan mogok itu boleh menjejaskan sistem penyampaian kesihatan kerajaan kepada rakyat.

Adnan berkata, kumpulan itu boleh dikenakan tindakan di bawah peraturan perkhidmatan awam.

“Maka dengan itu mendedahkan mereka ini (untuk) berada dalam tindakan dan peraturan dalam perkhidmatan serta akhirnya boleh menjejaskan kemajuan kerjaya mereka yang telah pun ada dalam sistem perkhidmatan walaupun sebagai pekerja kontrak,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bubur Lambuk Gabungan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan-Perkhidmatan Kerani dan Bersekutu Kerajaan (Auegcas) Perak.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pengerusi jawatankuasa peringkat tertinggi bagi menyelesaikan isu itu, berkata kerajaan akan memastikan situasi menang menang dicapai supaya tiada pihak berasa rugi atau tersingkir.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.