
Ketua Polis Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, laporan kemalangan itu diterima pada 7 pagi Ahad membabitkan Honda EX5 dan Perodua Axia.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila seorang lelaki berusia 37 tahun menunggang motosikal melawan arus dari arah Taman Desa bertembung kereta yang dipandu lelaki berusia 68 tahun dari arah Seksyen 10 Bandar Country Homes.
“Akibat pertembungan itu, penunggang motosikal tercampak ke jalan, manakala kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke pembahagi jalan,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, penunggang motosikal itu yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta terbabit tidak cedera.
Katanya, mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu menghubungi pegawai penyiasat trafik, Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017- 6645812 atau IPD Gombak di talian 03-61262222.