Jangka hayat teksi, e-panggilan dilanjut hingga 15 tahun

Jangka hayat teksi, e-panggilan dilanjut hingga 15 tahun

Agensi Pengangkutan Awam Darat berharap pemain industri akan meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka susulan lanjutan jangka hayat kenderaan itu.

Had usia 15 tahun terpakai kepada semua kenderaan dalam kelas teksi dan e-panggilan di seluruh negara yang mencapai jangka hayat maksimum 10 tahun mulai 1 Jan lalu.
PETALING JAYA:
Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) mengumumkan jangka hayat kenderaan teksi dan e-panggilan dinaikkan daripada 10 tahun kepada 15 tahun.

Katanya, ia terpakai kepada semua kenderaan dalam kelas teksi dan e-panggilan di seluruh negara yang mencapai jangka hayat maksimum 10 tahun mulai 1 Jan lalu.

Menurutnya, semua kenderaan itu perlu mematuhi dan melepasi syarat pemeriksaan berkala wajib Puspakom serta syarat operasi lain bagi memastikan tahap keselamatan kenderaan, keselesaan pengguna dan imej industri itu terjamin.

“Apad berharap dengan pemakluman ini, pemain industri teksi dan e-panggilan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah lanjutan itu berkuat kuasa serta-merta.

Katanya, lanjutan had usia kenderaan itu sejajar hasrat Kementerian Pengangkutan melestarikan industri teksi dan e-panggilan ke arah menambah baik sistem pengangkutan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.