2 pegawai JSJ bantu SKMM pantau media sosial

2 pegawai JSJ bantu SKMM pantau media sosial

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, penempatan dua pegawai polis itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata, kerjasama itu bagi memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja.
KUALA LUMPUR:
Dua pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan ditempatkan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sebagai usaha memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berkaitan kandungan di media sosial.

SKMM dalam hantaran di Facebook, memaklumkan penempatan pegawai polis berkenaan di agensi itu bakal memantapkan keupayaan dan kepakaran kedua-dua agensi penguatkuasaan bagi tujuan risikan, siasatan dan pendakwaan.

Menurut agensi itu, keputusan berkenaan dipersetujui menerusi pertemuan antara Pengerusi SKMM Mohamad Salim Fateh Din dan Pengarah JSJ Bukit Aman Abd Jalil Hassan.

“Pertemuan itu membincangkan berkenaan keperluan memperkasakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan berhubung kandungan media sosial berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R).

“Pemerkasaan kerjasama sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa serta mengambil kira keperluan terkini dalam menguatkuasakan peruntukan undang-undang negara,” menurut SKMM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.