
Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, Shuhaily akan mengisi kekosongan itu dalam masa terdekat.
“Perkara berkenaan diputuskan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) ke-117, Jumaat lalu.
“Pengumuman jawatan tertinggi ini akan dibuat oleh Urus Setia Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat,” katanya menurut Berita Harian.
Saifuddin berkata, perubahan jawatan berkenaan adalah sebahagian daripada pertukaran beberapa jawatan penting yang diputuskan dalam mesyuarat SPP.
Katanya, pertukaran itu akan membabitkan beberapa jawatan ketua polis negeri.
Beliau berkata, sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay diumumkan sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) baharu dan jawatan pengarah JSJN juga akan diumumkan oleh Urus Setia PDRM.
Pada 14 Mac lalu, Urus Setia PDRM mengumumkan pelantikan Azmi sebagai pengarah Jabatan Pengurusan bagi mengisi kekosongan jawatan itu susulan persaraan wajib penyandang jawatan itu sebelum ini, Zaini Jass pada 9 Mac lalu.