
Timbalan menterinya, Teo Nie Ching berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan pengguna menjadi mangsa penipuan dalam talian.
“SKMM telah mengeluarkan satu arahan kepada syarikat telco untuk pastikan tiada seorang pun yang akan tersalah tekan URL itu dan berkemungkinan menjadi mangsa (penipuan dalam talian).
“Banyak penipuan dalam talian berlaku apabila pengguna tersalah tekan pautan tersebut, kemudian memberikan maklumat peribadi,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu di Ai FM sempena Sambutan Ulang Tahun RTM ke-77 di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, arahan tersebut akan berkuat kuasa secara berperingkat dan beliau berharap syarikat yang terlibat dapat melaksanakannya dalam masa terdekat.