Bawa bas sambil guna telefon, polis minta pemandu serah diri

Bawa bas sambil guna telefon, polis minta pemandu serah diri

Insiden dikatakan membabitkan pemandu sebuah bas yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Tindakan seorang pemandu bas menggunakan telefon semasa memandu dirakam oleh penumpangnya, dan menjadi tular di media sosial.
PETALING JAYA:
Polis trafik meminta seorang pemandu bas yang dirakam menggunakan telefon semasa memandu untuk tampil menyerah diri ke balai trafik daerah berhampiran atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, tindakan pemandu itu, dirakam dalam video berdurasi 21 saat yang tular di media sosial, bukan sahaja membahayakan penumpang bas, malah orang lain.

“Tindakan pemandu bas ini boleh mendatangkan risiko kemalangan bukan hanya kepada penumpang bas tersebut tetapi kepada pengguna jalan raya yang lain,” menurut JSPT di Facebook hari ini.

Insiden itu dirakam oleh salah seorang penumpang bas dengan nombor pendaftaran ALM9815, yang sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu diminta menyalurkannya kepada JSPT melalui Facebook Messenger atau e-mel ke [email protected].

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.