Wan Fayhsal mahu Rayer dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen

Wan Fayhsal mahu Rayer dirujuk ke jawatankuasa khas Parlimen

Ketua Pemuda Bersatu menafikan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu terhadap Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat seperti didakwa RSN Rayer.
KUALA LUMPUR:
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) menggesa RSN Rayer (PH-Jelutong) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat sangkaan jahat terhadapnya di Dewan Rakyat.

Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, dakwaan Rayer menuduh beliau membuat laporan palsu terhadap Lim Guan Eng (PH-Bagan) tidak benar.

“Laporan polis itu bukan dibuat oleh saya.

“Saya hanya baca laporan polis itu. Laporan polis dibuat oleh ahli Pemuda Bersatu,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Beliau merujuk laporan dibuat ahli Pemuda Bersatu di IPD Dang Wangi pada 24 Mac lalu terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Lim yang juga pengerusi DAP berkait isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Sebelum ini, bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendakwa Lim membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary ketika menjadi menteri kewangan, tetapi Anwar pada 21 Mac lalu menafikan Lim membuat pembatalan itu.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan yang melanggar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat seperti didakwa Rayer.

Katanya, beliau sudah menjawab surat yang dikeluarkan pejabat Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul dan menjelaskan perkara itu.

“Jelutong (Rayer) juga telah langgar peraturan dalam hal ini.

“Ini supaya Jelutong tidak buat prasangka terhadap kami di dalam Dewan Rakyat.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.