
Mekanisme itu melibatkan penubuhan suatu badan bebas “supaya badan-badan penguatkuasaan ini tidak menyiasat sendiri,” katanya di Dewan Rakyat.
Anwar menarik perhatian Dewan Rakyat kepada pertikaian polis sebelum ini berkait Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), yang mengatakan bahawa permasalahan ini tidak patut dituju khusus kepada mereka, “padahal permasalahan itu harus melibatkan semua agensi penguatkuasaan”.
“Ini suatu cadangan lebih baik iaitu suatu badan bebas yang boleh mengambil tindakan terhadap semua aduan atau tuduhan terhadap badan penguatkuasaan, ini termasuk polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kastam, imigresen, dan lain-lain,” tambahnya.
Beliau menjawab pertanyaan tambahan daripada Gobind Singh Deo (PH-Damansara) apakah langkah-langkah yang akan diambil kerajaan untuk memastikan siasatan terhadap aduan berkait pegawai tinggi badan penguatkuasaan dijalankan oleh pihak bebas.
Beliau berkata Pakatan Harapan tidak mahu timbul situasi di mana sesuatu badan itu sendiri yang menyiasat aduan terhadap pegawai tinggi masing-masing.
“Kita tak tahu sama ada siasatan itu bebas,” katanya.