
Menteri Kewangan Sabah Masidi Manjun berkata beliau dan Menteri Kerja Raya Sabah Shahelmy Yahya percaya ini soal mencari individu yang sesuai memegang jawatan bagi menyelesaikan isu itu.
“Kami berdua rasa wujud keperluan mendesak untuk meletakkan orang tepat di tempat yang tepat pada semua peringkat di Jabatan Air untuk pengurusan dan pengagihan bekalan air kepada pengguna yang lebih baik,” katanya, menurut The Star.
Tambah laporan itu, Shahelmy bersetuju pegawai jabatan perlu lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah air.
Shahelmy juga berkata kementeriannya bekerjasama rapat dengan jabatan air negeri berhubung perkara itu.
Masalah air Sabah menjadi isu yang kerap ditimbulkan di media sosial. Awal bulan ini, Shahelmy memanggil pengarah jabatan itu selepas Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata penduduk Sandakan terpaksa minum air “masin” selama tiga bulan.