
PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan menyebabkan kelewatan tren.
Rapid Rail dalam catatan Twitter memaklumkan, kerosakan pada sistem perhubungan tren di Stesen Taman Bahagia menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.
Justeru, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount dan Asia Jaya.
Kekerapan bas setiap 10 hingga 15 minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa.