2 penjawat awam ditahan babit sindiket dadah

2 penjawat awam ditahan babit sindiket dadah

Selain dua penjawat awam itu, polis turut menahan lima lagi suspek yang mempunyai satu hingga empat rekod jenayah berkaitan dadah.

Dua penjawat awam berusia 34 dan 36 tahun ditahan bersama lima bungkusan plastik lut sinar disyaki syabu.
PETALING JAYA:
Dua penjawat awam antara tujuh lelaki ditahan kerana disyaki terbabit sindiket pengedaran dadah di sekitar pusat bandar Tawau, Sabah minggu lalu.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin, berkata semua suspek berusia 30 hingga 59 tahun itu ditahan dalam dua serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPK Sabah bersama BSJN IPD Tawau pada Isnin dan Selasa lalu.

Katanya, tangkapan pertama membabitkan lima lelaki dalam sebuah kenderaan dekat kawasan perumahan pada 2 pagi, di mana hasil pemeriksaan lanjut menemui syabu seberat 103.4g dalam kenderaan itu.

Beliau berkata, semua lima suspek itu mempunyai satu hingga empat rekod jenayah berkaitan dadah.

Katanya, polis kemudian menahan dua lagi lelaki tempatan pada 12.30 tengah malam Selasa lalu.

“Kedua-dua suspek berusia 34 dan 36 tahun yang juga penjawat awam itu ditahan bersama lima bungkusan plastik lut sinar disyaki dadah jenis syabu seberat 1177.5g.

“Semua suspek direman tujuh hari hingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya menurut Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.