Gaduh kerana buat bising, seorang wanita antara 11 ditahan

Gaduh kerana buat bising, seorang wanita antara 11 ditahan

Polis berkata hasil siasatan mendapati pergaduhan itu berpunca daripada beberapa suspek membuat bising selepas minum arak.

Polis menahan 10 lelaki dan seorang wanita pada 19 Mac lalu, dengan sembilan daripadanya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru.
PETALING JAYA:
Seorang wanita antara 11 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kawasan perumahan dekat Taman Cendana di Pasir Gudang, Johor minggu lalu.

Ketua Polis Seri Alam, Sohaimi Ishak, berkata pihaknya mengesan satu klip video tular berdurasi seminit 31 saat di akaun Twitter “Jabatan Netizen Malaysia” yang memaparkan pergaduhan sekumpulan warga tempatan pada 11.05 malam Ahad minggu lalu.

Katanya, 10 lelaki dan seorang wanita berusia 17 sehingga 53 tahun ditahan pada hari kejadian untuk disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan mendapati pergaduhan berpunca daripada beberapa suspek yang ditangkap membuat bising selepas minum arak,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, semakan mendapati enam suspek mempunyai 13 rekod jenayah dan tiga rekod berkaitan dadah, dengan seorang daripadanya mempunyai dua rekod dikehendaki polis atas kes dadah.

Katanya, sembilan daripada 11 supek itu sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru dan didenda RM2,000 atau lima bulan penjara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.