
PETALING JAYA: Bekalan air di 55 kawasan sekitar wilayah Shah Alam dan Klang yang terjejas susulan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang pulih sepenuhnya 6 pagi tadi.
Pengguna di kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sejak kelmarin ekoran pelaksanaan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.
“Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” menurut Air Selangor dalam pemakluman di Facebook.
Pada Jumaat, Air Selangor memaklumkan kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air bermula 10 malam ekoran kerja-kerja pembaikan paip pecah itu.