Isu kecuali cukai Yayasan Albukhary, Bersatu lapor Anwar, Guan Eng pada polis

Isu kecuali cukai Yayasan Albukhary, Bersatu lapor Anwar, Guan Eng pada polis

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, PN akan merujuk Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng di IPD Dang Wangi hari ini.
KUALA LUMPUR:
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa polis mengambil tindakan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Bercakap di luar IPD Dang Wangi selepas membuat laporan polis terhadap dua pemimpin Pakatan Harapan itu, Wan Ahmad Fayhsal mendakwa Anwar mengelirukan Dewan Rakyat kerana menyokong Lim berhubung isu pengecualian cukai itu.

Ini kerana, beliau percaya Presidennya, Muhyiddin Yassin tidak berbohong berhubung isu itu.

Sebelum ini, bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin mendakwa Lim membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary ketika menjadi menteri kewangan, tetapi Anwar pada 21 Mac lalu menafikan Lim membuat pembatalan itu.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, Perikatan Nasional akan merujuk Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen atas dakwaan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung isu itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.