Cadangan tubuh MRSM berbayar masih dalam kajian, kata Asyraf

Cadangan tubuh MRSM berbayar masih dalam kajian, kata Asyraf

Pengerusi Mara berkata, pihaknya akan menilai kebolehlaksanaannya dan memastikan penubuhannya berdasarkan asas pendidikan dan matlamat Mara.

Asyraf Wajdi Dusuki meminta Mara Corp memperhalusi cadangan menubuhkan MRSM berbayar bagi golongan berada.
PETALING JAYA:
Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar bagi golongan berada masih di peringkat kajian, kata Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata dalam menilai kebolehlaksanaannya, pihaknya harus memastikan penubuhannya tidak boleh lari daripada asas pendidikan dan matlamat Mara.

“Ia termasuk bukan semua T20 yang akan masuk MRSM berbayar ini.

“Mungkin kita ambil kira 30% pelajar tajaan dan tajaan ini mungkin bukan daripada Mara sahaja,” katanya menurut Sinar Harian.

20 Mac lalu, Asyraf meminta Mara Corp memperhalusi cadangan menubuhkan MRSM berbayar bagi golongan berada.

Beliau percaya wujud permintaan oleh ibu bapa golongan terbabit yang mahu anak mereka memasuki sistem MRSM bahkan sanggup menanggung kosnya walaupun berkemampuan menghantar ke sekolah elit swasta antarabangsa.

Katanya, ini kerana MRSM terbukti satu jenama yang terpahat dalam minda masyarakat sebagai institusi pendidikan unik dan berkualiti tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.