55 kawasan di Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air

55 kawasan di Shah Alam, Klang alami gangguan bekalan air

Kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang dijangka siap jam 6 pagi esok.

Air Selangor menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas sepanjang tempoh gangguan bekalan air (Gambar lori tangki Air Selangor)
PETALING JAYA:
Sebanyak 55 kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam mengalami gangguan bekalan air bermula jam 10 malam ini susulan kerja pembaikan paip pecah di Taman Mutiara Bukit Raja 2, Klang.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), proses itu dijangka siap jam 6 pagi esok dan bekalan air akan disalurkan secara berperingkat.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan.

“Air Selangor menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian,” katanya dalam kenyataan.

Lokasi kawasan terjejas boleh dirujuk di laman sesawang, www.airselangor.com

Air Selangor turut menasihatkan pelanggan terjejas menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan tidak berjadual itu.

Katanya, pengguna boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi aplikasi, Facebook, Instagram dan Twitter Air Selangor atau hubungi talian 15300.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.