Su-30MKM boleh terbang 20 tahun lagi, kata kontraktor penyelenggaraan

Su-30MKM boleh terbang 20 tahun lagi, kata kontraktor penyelenggaraan

Sukhoi Su-30MKM buatan Rusia mula beroperasi pada 2007 dan kontraktor penyelenggaraan berkata ia boleh diselenggarakan selepas 2035, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Malaysia adalah pengguna terawal jet pejuang Russia di Asia Tenggara, setelah memperoleh 18 MiG-29N Fulcrum pada 1995, diikuti dengan 18 Su-30MKM pada 2007.
PETALING JAYA:
Jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia, Sukhoi Su-30MKM mampu beroperasi untuk tempoh kira-kira dua dekad lagi, kata kontraktor penyelenggara pesawat buatan Rusia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace Technology Systems Corporation Sdn Bhd (ATSC) Fadzar Suhada berkata syarikat itu mampu memastikan jet pejuang paling canggih di negara ini yang berusia 16 tahun itu dikekalkan sehingga 2035, namun tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.

Beliau juga berkata, syarikat itu boleh membaik pulih sepenuhnya Su-30MKM di Malaysia, yang telah dilakukan sejak 2007, pada separuh kos berbanding jika dihantar ke Russia.

Difahamkan, setiap Su-30 memerlukan kos sebanyak USD27 juta untuk proses baik pulih sepenuhnya bagi setiap 1,500 jam penerbangan atau 10 tahun beroperasi.

“Sekurang-kurangnya 70% daripada krew penyelenggaraan kami adalah pesara juruteknik dan jurutera TUDM, yang telah diambil kerana kepakaran luas mereka dalam mengendalikan jet,” kata Fadzar.

Malaysia antara negara terawal menggunakan jet pejuang Rusia di Asia Tenggara setelah memperoleh 18 MiG-29N Fulcrum pada 1995, diikuti dengan 18 Su-30MKM pada 2007.

Dengan perolehan ini, Malaysia secara tradisinya tidak lagi bergantung kepada Britain, Eropah atau Amerika Syarikat untuk pesawat pejuang.

MiG-29N yang telah berusia dilucutkan perkhidmatan daripada TUDM pada 2015.

Malaysia baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk mendapatkan 18 pesawat tempur ringan Korea Aerospace Industries FA-50 menjelang 2026 menerusi perjanjian bernilai USD920 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.