Kanak-kanak maut jatuh takungan air kumbahan

Kanak-kanak maut jatuh takungan air kumbahan

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas.

Polis berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian kanak-kanak itu adalah lemas, selain tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa.
KOTA BHARU:
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam takungan air kumbahan di Ketereh, di sini, semalam.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 5.25 petang semalam.

Katanya, bapa tiri mangsa dan isterinya menyedari ketiadaan kanak-kanak itu di rumah kedai mereka di Jalan Kuala Krai-Kok Lanas kira-kira 2.25 petang.

“Mangsa kemudian dijumpai ahli keluarga dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam takungan air kumbahan di bahagian belakang rumah kedai.

“Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas dan pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan.

Rosdi berkata, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan pemeriksaan.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian adalah lemas, selain tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan si mati.”

Katanya, mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.