
Sinar Harian melaporkan Khairul dilantik sebagai ketua pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) di JPM.
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Ruslin Jusoh dilantik mengetuai Jabatan Imigresen.
Terdahulu, Jabatan Imigresen mengadakan majlis Paluan Berundur bagi Khairul di ibu pejabatnya 5 petang tadi.
Khairul berkata, beliau diberi bayangan akan ditukarkan bahagian sebulan lalu kerana sudah lama berada di jabatan yang sensitif.
Beliau yang menerima surat pertukaran pada 8.30 pagi tadi, menyifatkan pertukaran itu sebagai pusingan perkhidmatan biasa.
“Saya sudah bersedia untuk ditukarkan dan akan beri komitmen penuh di tempat baharu,” katanya yang mula mengetuai Jabatan Imigresen sejak 14 Jan 2019 dan merupakan ketua pengarah paling lama berkhidmat di jabatan itu.