Polis siasat video tular 2 lelaki hina nabi

Polis siasat video tular 2 lelaki hina nabi

Baru-baru ini tular rakaman video berdurasi 52 saat di media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad.

Saifuddin Nasution Ismail berkata KDN menerima laporan berhubung video tular berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad. (Gambar Bernama)
KAJANG:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di media sosial berkaitan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata siasatan kini dilakukan polis.

“Sudah tentu KDN akan memberi keutamaan kepada perkembangan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhamad.

Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 52 saat dalam media sosial memaparkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad SAW.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.