‘Proklamasi Melayu’ batal, ganti sidang media, kata penganjur

‘Proklamasi Melayu’ batal, ganti sidang media, kata penganjur

Jurucakap memberitahu program itu akan digantikan dengan sidang media oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir Mohamad sepatutnya memberi ucaptama pada perhimpunan ‘Proklamasi Melayu’.
KUALA LUMPUR:
Sebuah program kontroversi menampilkan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang dijadualkan hari ini dibatalkan selepas dua venue menarik balik kebenaran mereka untuk mengadakan “Proklamasi Melayu”.

Jurucakap penganjur, Sekretariat Tanah Air, memberitahu FMT bahawa ia kini telah digantikan dengan sidang media oleh bekas perdana menteri di ibu pejabat Putra, pada 3 petang ini.

Semalam, dilaporkan pihak penganjur memutuskan untuk menangguhkan acara itu selepas dua venue membatalkan kebenaran mereka untuk mengadakan program itu.

Program itu dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 300 orang.

Sekretariat Tanah Air menggambarkan dirinya sebagai sekumpulan sukarelawan Melayu berjuang untuk menyelamatkan etnik majoriti.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran keras kepada pihak dikatakannya menggunakan kaum dan agama untuk mencetuskan perbalahan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk hasutan perkauman, akan terus menjunjung Perlembagaan, dan berjanji akan memimpin kerajaan secara inklusif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.