Wan Rosdy dahului saingan naib presiden Umno

Wan Rosdy dahului saingan naib presiden Umno

Mengekori beliau adalah penyandang jawatan itu Khaled Nordin dengan 36 undi diikuti Ketua Umno Wilayah Persekutuan Johari Ghani yang memperoleh 27 undi.

Wan Rosdy Wan Ismail, Khaled Nordin dan Johari Ghani mendahului saingan pemilihan naib presiden Umno setakat jam 9.15 malam tadi
KUALA LUMPUR:
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail disahkan memperoleh 41 undi setakat jam 9.15 malam tadi untuk mendahului persaingan pemilihan jawatan Naib Presiden Umno.

Mengekori beliau adalah penyandang jawatan itu Khaled Nordin dengan 36 undi diikuti Ketua Umno Wilayah Persekutuan Johari Abdul Ghani yang memperoleh 27 undi.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Azalina Othman Said mendapat 21 undi diikuti Reezal Merican Naina Merican meraih 18 undi.

Ketua Umno Johor Hasni Mohamad pula mendapat 12 undi dan seorang lagi penyandang Mahdzir Khalid memperoleh tujuh undi.

Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob tidak mempertahankan jawatan naib presiden pada pemilihan kali ini sebagai tanda protes terhadap usul tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Selain jawatan naib presiden, ahli Umno juga akan memilih pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap dan 25 ahli Majlis Kerja Tertinggi.

Anggota media mula berkumpul di PWTC sejak jam 5 petang tadi bagi mengikuti keputusan pemilihan yang dijangka diketahui tengah malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.