(TIDAK RASMI): Azwan Bro menang ketua Umno Pasir Salak ketepikan anak Tajuddin

(TIDAK RASMI): Azwan Bro menang ketua Umno Pasir Salak ketepikan anak Tajuddin

Bekas naib ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun memperoleh 342 undi menewaskan Faizal Tajuddin yang mendapat 296 undi.

Khairul Azwan Harun menamatkan legasi Tajuddin Abdul Rahman yang menggalas jawatan ketua Umno Pasir Salak selama 18 tahun sejak 2004.
PETALING JAYA:
Hasrat Faizal Tajuddin menyambung legasi ayahnya Tajuddin Abdul Rahman sebagai ketua Umno Pasir Salak tidak kesampaian apabila tewas di tangan Khairul Azwan Harun pada pemilihan hari ini.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Khairul Azwan yang juga bekas naib ketua Pemuda Umno memperoleh 342 undi manakala Faizal pula mendapat 296 undi, berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.

Tajuddin, ahli politik kontroversi menggalas jawatan ketua Umno Pasir Salak selama 18 tahun sejak 2004 dan terpaksa mengosongkannya apabila digantung keahlian selama enam tahun pada Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi pada Jun 2022.

Beliau turut menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.

Bagaimanapun, Tajuddin berkata beliau akan terus kekal setia kepada Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.