
Akta antilompat parti berkuat kuasa 5 Okt lalu, lima hari sebelum Parlimen dibubarkan.
“Kalau nak tumpu undang-undang pendanaan politik tak sempat. Kenapa sebelum ini tak buat, jadi bila kita adakan PRU ada akta lompat parti, sepatutnya masa nak hadapi PRU ada akta pendanaan politik,” katanya menurut Malaysiakini.
Tetapi, Azalina berkata, tumpuannya sekarang ialah akta berkaitan kebankrapan kerana ia melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Selain itu, katanya, tumpuan juga akan diberikan kepada pindaan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, Akta Kesihatan Mental 2001, Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah.
“Macam-macam saya nak tengok (tambah baik akta)…Tapi secara peribadi saya nak selesaikan masalah rakyat, akta berkaitan kebankrapan.”
Pada 4 Mac lalu, Azalina dilaporkan berkata, pindaan Akta Insolvensi 1967 akan dilakukan sekali lagi dan sekurang-kurangnya 130,000 individu daripada 260,000 kes bankrap boleh mendapat pelepasan kebankrapan.