Saya, Anwar tak ambil ganja, kata Rafizi

Saya, Anwar tak ambil ganja, kata Rafizi

Polis merampas sebuah kotak yang tertera nama Rafizi dan Anwar, memuatkan satu tiub ubat gigi dengan corak daun ganja dan mengandungi pes putih kehijauan.

Rafizi Ramli menjelaskan bahawa beliau tidak tahu siapa yang menghantar bungkusan berisi bahan terlarang ke pejabatnya.
KUALA LUMPUR:
Rafizi Ramli dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak mengambil ganja, kata menteri ekonomi selepas polis dilaporkan merampas barang disyaki mengandungi ekstrak daun ganja yang dialamatkan kepada pejabat mereka.

“Saya tak tahu (siapa hantar)… tiada siapa antara kami mengambil ganja,” katanya pada sidang media di Parlimen, mengenai bungkusan mengandungi bahan larangan itu.

Polis pada Jumaat lepas merampas sebuah kotak yang tertera nama Rafizi dan Anwar, memuatkan satu tiub ubat gigi dengan corak daun ganja dan mengandungi pes putih kehijauan.

Menurut polis, barang tersebut tidak mempunyai kaitan dengan mereka, dan pengirim membelinya melalui platform e-dagang dari Indonesia.

“Ia suatu pembaziran dan sudah tentu ia dihantar terus ke balai polis,” kata Rafizi, dan menambah beliau tidak membuka bungkusan itu.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata kakitangan kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi melaporkan kepada polis selepas sebuah syarikat penghantaran memaklumkan terdapat satu bungkusan atas nama Rafizi dan Anwar di sebuah hab di Dengkil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.