Industri tebu akan dibangun semula bantu penuhi permintaan gula, kata Rafizi

Industri tebu akan dibangun semula bantu penuhi permintaan gula, kata Rafizi

Menteri ekonomi itu berkata, kerajaan dalam perancangan mengenal pasti tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di utara Perak bagi tujuan itu.

Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil, selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Industri tebu akan dibangunkan semula untuk membantu memenuhi permintaan gula dalam negara, menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Malaysia bergantung sepenuhnya kepada import gula mentah dari Brazil, selepas penutupan ladang tebu Chuping, Perlis pada 2012.

Justeru, katanya, kerajaan dalam perancangan mengenal pasti tanah dengan keluasan sehingga 405 hektar di utara Perak bagi tujuan itu.

“Kita mengimport 100% gula mentah dan sudah tentu bila ada kenaikan harga ataupun isu (pergerakan) mata wang, minyak, maka kos perkapalan akan mahal.

“’Jadi, sekarang ada keperluan untuk kita menanam tebu dan rantaian ini akan disusun kerajaan supaya penanam (daripada golongan sasar) ada pembeli tersedia,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat.

Ketika ini, keperluan gula negara dipelopori MSM Malaysia Holdings Bhd.

Kapasiti pengeluaran tahunan MSM mencecah 2.05 juta tan gula bertapis buat masa ini, dengan 60% bagi memenuhi pasaran domestik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.