
Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata rampasan itu dilakukan susulan maklumat daripada laporan seorang petugas pejabat kerajaan di sini yang menerima panggilan memaklumkan ada satu bungkusan atas nama dua ahli politik tersebut.
“Berdasarkan maklumat diterima, disyaki bungkusan itu mengandungi barang terlarang dan minggu lepas juga pejabat kerajaan tersebut menerima satu bungkusan mengandungi daun ganja,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, katanya, polis pergi ke hab kurier berkenaan dan merampas barang kes iaitu tiub ubat gigi dengan bercorak daun ganja tertera tulisan “Happy Green” yang ditemui dalam satu bungkusan kotak berwarna coklat.
Beliau berkata, semakan polis mendapati barang itu dibeli pengirim melalui platform Shopee beralamat di Indonesia.
“Siasatan mendapati barang yang dirampas tidak mempunyai kaitan dengan penama yang dialamatkan. Siasatan lanjut diteruskan,” katanya.