Beri Perlis geran padanan 3 untuk 1, kata Shahidan

Beri Perlis geran padanan 3 untuk 1, kata Shahidan

Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim berkata geran persekutuan sepatutnya tiga kali ganda daripada perbelanjaan negeri kerana geran ringgit untuk ringgit tidak mencukupi.

Shahidan Kassim berkata kerajaan persekutuan patut memberi geran padanan RM3 bagi setiap RM1 dibelanjakan negeri.(Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seorang Ahli Parlimen Perlis menggesa Putrajaya mempertimbangkan penambahan geran padanan persekutuan untuk negeri itu, jika ia mahu membantu negeri miskin maju.

Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata, geran padanan persekutuan ringgit untuk ringgit yang diberikan kepada negeri tidak mencukupi.

“Macam mana Perlis nak maju? Tak boleh maju dah (dengan geran padanan ini).

“Kalau berdasarkan (nisbah) 50-50, kalau kami belanja RM1 juta, kerajaan kena tampung RM1 juta.

“Patutnya untuk Perlis, (kalau dia) belanja RM1 juta, kerajaan patut bagilah RM3 juta. Barulah (boleh) tolong negeri miskin,” katanya ketika perbahasan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat, RM54 juta disediakan sebagai peruntukan negeri untuk Perlis, manakala RM570 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.