Umno tak mahu jadi parti kampung, johan di gelanggang sendiri, kata Zahid

Umno tak mahu jadi parti kampung, johan di gelanggang sendiri, kata Zahid

Presiden Umno meminta ahli mengetepikan kepentingan peribadi untuk parti itu menjadi johan dan relevan di peringkat nasional.

Ahmad Zahid Hamidi berkata kemenangan besar Umno pada PRN Melaka dan Johor tidak dapat diterjemahkan dalam PRU15.
PETALING JAYA:
Ahli Umno diminta mengetepikan kepentingan peribadi untuk parti itu kembali relevan kepada rakyat, pesan Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno berkata, kemenangan besar parti itu pada PRN Melaka dan Johor tidak dapat diterjemahkan dalam PRU15.

“Ingat bahawa kita sentiasa diuji Allah. Kita harus berusaha dan berikhtiar. Kita mesti keluar daripada kepompong konvensional dan kaedah lama. Kita kena guna kaedah pendigitalan. Sayap parti (Wanita, Pemuda dan Puteri) mesti bersama kita (Majlis Kerja Tertinggi).

“Kita tak mahu lagi jadi parti kampung, kita tak mahu lagi jadi johan di gelanggang kita saja. Kita mesti jadi johan dan relevan di peringkat nasional,” katanya menurut Bernama ketika berucap pada majlis pengenalan calon pengerusi tetap, timbalan pengerusi tetap, naib presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi peringkat Melaka malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.