Polis buru suspek conteng tulisan hina nabi di tembok masjid

Polis buru suspek conteng tulisan hina nabi di tembok masjid

Polis berkata tiada tangkapan setakat ini.

Tembok Masjid Andalusia di Bandar Laguna Merbok yang diconteng dengan tulisan menghina nabi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Polis memburu suspek yang menconteng tembok Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, dengan tulisan menghina nabi.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata tiada tangkapan setakat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Harian Metro.

Kejadian itu dipercayai berlaku Selasa lalu. Difahamkan, seorang pengawal keselamatan sebuah bangunan berhampiran ternampak seorang lelaki menconteng dengan tulisan menghina nabi di tembok masjid itu menggunakan cat merah.

Pihak pengurusan masjid yang enggan mengulas kejadian itu menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.

Jemaah masjid, Mohd Hashim Ali, 53, yang menyifatkan tindakan individu terbabit kurang ajar dan keterlaluan berkata, insiden itu pertama kali berlaku di masjid terbabit.

Katanya, beliau mendapat tahu pengawal keselamatan itu sempat menegur suspek, yang kemudian bergegas meninggalkan tempat kejadian.

Menurutnya, penduduk setempat terkejut dengan insiden itu dan mahu suspek ditahan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.