
Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat, berkata lelaki tempatan berusia 37 tahun dan warga asing berusia 48 tahun itu ditahan di perkarangan IPD Johor Bahru Selatan di Johor Bahru kira-kira 3.30 petang tadi.
“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit bersalah.
“Polis Johor menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu berikutan siasatan masih dijalankan,” katanya menurut Bernama.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Noor Azlinda Mohd Khalid di talian 017 2765250.
Terdahulu, kumpulan itu mendakwa menerima ugutan bunuh dan kata-kata kesat selepas konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin kira-kira 11.15 malam Sabtu, dipercayai akibat salah faham kumpulan itu dengan penganjur.