Akmal Saleh ketua Pemuda Umno baharu, kata Asyraf

Akmal Saleh ketua Pemuda Umno baharu, kata Asyraf

Dr Akmal Saleh merupakan Adun Merlimau serta exco kesihatan dan antidadah Melaka.

Dr Akmal Saleh mendapat 102 undi, melepasi 96 undi yang diperlukan untuk menerajui Pemuda Umno. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Keputusan tidak rasmi pemilihan Umno menunjukkan Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh memenangi jawatan ketua Pemuda, menurut Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf yang dilantik mengetuai Pemuda Umno pada 2018 selepas kerajaan Barisan Nasional tumbang, menerusi catatan Twitternya berkata Akmal mendapat 102 undi, melepasi 96 undi yang diperlukan untuk menerajui sayap itu.

Terdapat 191 bahagian Umno di seluruh negara.

Akmal, yang juga exco kesihatan dan antidadah Melaka, menewaskan Ahli Parlimen Paya Besar dan bekas timbalan menteri kewangan Shahar Abdullah, senator Arman Azha Abu Hanifah dan Meor Hassan Mat Ali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.