Muhyiddin dibebaskan selepas 9 jam disoal SPRM

Muhyiddin dibebaskan selepas 9 jam disoal SPRM

Muhyiddin Yassin keluar dari bangunan SPRM pada kira-kira 8.20 malam.

 

Muhyiddin Yassin melambai ke arah media selepas keluar dari ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam ini.
PUTRAJAYA:
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas sembilan jam disoal, dalam siasatan berkait program Jana Wibawa.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu keluar dari bangunan SPRM dengan menaiki Toyota Vellfire pada kira-kira 8.20 malam.

Beliau dipercayai terus ke markas Pas Taman Melewar di Gombak, Selangor untuk program solat hajat.

Muhyiddin ditahan SPRM pada 1 petang tadi selepas dipanggil untuk diambil keterangan.

SPRM memaklumkan ia mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Muhyiddin di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.