Isu tambang penerbangan, skim pencen warga emas dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Isu tambang penerbangan, skim pencen warga emas dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Antara isu lain termasuk bagaimana Inisiatif Pendapatan Rakyat membantu isi rumah B40 dan sama ada GST akan diperkenalkan semula.

Persoalan mengenai rancangan jangka panjang Mavcom untuk mengatasi harga tambang penerbangan antara Semenanjung dan Sabah yang terlalu tinggi akan dibangkitkan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR:
Persoalan mengenai rancangan jangka panjang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mengatasi harga tambang penerbangan antara Semenanjung dan Sabah yang terlalu tinggi menjadi antara perkara yang akan dibincangkan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dibangkitkan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) kepada menteri pengangkutan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Pada sesi itu juga, Yuneswaran A/L Ramaraj (PH-Segamat) meminta menteri ekonomi menyatakan bagaimana Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) dapat membantu isi rumah B40 dan miskin tegar menjana pendapatan dan peranan Kementerian Ekonomi untuk memastikan 100,000 miskin tegar dapat terlibat dalam inisiatif ini.

Pada sesi jawab lisan, William Leong Jee Keen (PH-Selayang) meminta menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menyatakan sama ada kerajaan bercadang melaksanakan skim pencen warga emas untuk rakyat berusia 65 tahun ke atas yang tidak menerima pencen kerajaan mahupun Perkeso.

Selain itu Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PH-Jelutong) pula meminta menteri kewangan menyatakan adakah kerajaan perpaduan akan memperkenalkan semula cukai GST.

Selesai sesi itu, sidang Dewan Rakyat akan diteruskan dengan penggulungan hari terakhir Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 pada peringkat dasar.

Sidang kali ini berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.