
Bagaimanapun, katanya ada sedikit peningkatan selepas beberapa kempen dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menggalakkan pengambilan dos penggalak.
“Jumlah ambil dos penggalak masih kurang memuaskan tetapi ada peningkatan selepas (KKM) buat kempen,” katanya di Dewan Rakyat.
“Dos penggalak ada peningkatan (iaitu) 49% kepada lebih 50% sekarang. Dos penggalak kedua 1.9% kepada 2.2% dalam beberapa minggu lepas.”
Januari lalu, KKM menggesa orang ramai mendapatkan dos penggalak kedua susulan peningkatan kes Covid-19 di China.
Zaliha berkata, pada Januari hanya 1.9% sahaja populasi yang layak mendapatkan vaksin mengambil dos penggalak kedua.