Pikat isteri orang, bekas tentera didenda RM6,000

Pikat isteri orang, bekas tentera didenda RM6,000

Mahkamah diberitahu bekas suami mangsa mengalami kemurungan akibat kejadian itu.

Bekas pegawai kanan tentera, Azmi Ali mengaku salah kerana memikat isteri orang dengan niat sehingga melakukan hubungan intim. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mahkamah Majistret memerintahkan seorang bekas pegawai kanan tentera membayar denda RM6,000 atas pertuduhan memikat isteri orang dengan niat sehingga melakukan hubungan intim, tujuh tahun lalu.

Azmi Ali, 48, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Dia boleh dipenjara lima tahun, jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor pada 2016.

Peguam Azman Zakaria yang mewakili Azmi memohon hukuman diringankan kerana ia kesalahan pertama anak guamnya, selain sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Maryam Jamilah Md Kamal memohon mahkamah mempertimbangkan bekas suami mangsa yang mengalami kemurungan serius akibat kejadian itu.

Azmi didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.