
Dalam jawapan bertulis Parlimen kepada soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar), Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, sebanyak 325 (94%) permohonan agensi itu berjaya.
“Pada masa sama, 23 kertas siasatan dibuka SKMM mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Daripada jumlah itu, dua diberi surat tunjuk sebab, manakala 21 lagi masih dalam siasatan,” kata Fahmi.
Seksyen 233 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia melarang penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain untuk memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial atau membenarkan perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan.
Tindakan boleh diambil terhadap akaun yang menyalahgunakan platform untuk menyebarkan kandungan lucah, jelik, berita palsu dan mengancam mengikut Seksyen 233 akta sama.
Hari ini, TikTok mengumumkan akan mengharamkan iklan politik dalam platform itu sejajar dasar baharu syarikat itu.