Jalan runtuh, lebih 5,000 penduduk Felda Selancar terperangkap

Jalan runtuh, lebih 5,000 penduduk Felda Selancar terperangkap

Laluan alternatif ke kawasan menempatkan 10 tanah rancangan itu tidak dapat digunakan kerana turut ditenggelami air.

Jalan utama Felda Selancar, Rompin yang runtuh ditutup dari kedua-dua arah berikutan hujan lebat berterusan. (Gambar PDRM Rompin)
PETALING JAYA:
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lebih 5,000 penduduk di Felda Selancar, Rompin, Pahang, terputus hubungan susulan laluan utama ke kawasan itu runtuh, awal pagi tadi.

Lebih buruk, laluan alternatif ke kawasan melibatkan 10 tanah rancangan itu turut ditenggelami air dan tidak dapat dilalui semua kenderaan.

Difahamkan, hujan lebat sejak semalam menyebabkan beberapa lokasi di tanah rancangan bersempadan Segamat, Johor itu ditenggelami air, menurut Utusan Malaysia.

Ketua Polis Rompin, Azahari Mukhtar, berkata jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.

“Jalan Selancar 3 menuju ke Felda Redong juga ditutup untuk semua kenderaan kerana dinaiki air sedalam 0.9m,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.