Dr M secara rasmi ahli parti pimpinan Ibrahim Ali

Dr M secara rasmi ahli parti pimpinan Ibrahim Ali

Dr Mahathir Mohamad secara rasmi menyertai Putra tidak lama selepas beliau keluar Pejuang.

PUTRAJAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini secara rasmi menyertai parti pimpinan Ibrahim Ali, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).

Penyertaan ini tidak lama selepas beliau meninggalkan Pejuang bulan lalu, mengesahkan bayangan yang beliau berikan tidak lama selepas keluar parti.

Mahathir membuat penampilan bersama Ibrahim pada sidang media mengumumkan beliau menerima keahlian Putra, di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.

Sebelum ini, beliau selepas dipelawa menyertai Putra berkata dia tidak menolak sekiranya dilantik sebagai penasihat.

Beliau menyifatkan Putra sesuai dengan perjuangannya iaitu membela nasib orang Melayu.

Mahathir meninggalkan Pejuang yang dipimpin anaknya, Mukhriz, tidak lama selepas ia menarik diri daripada Gerakan Tanah Air (GTA).

Putra salah satu daripada empat parti yang menganggotai GTA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.