
Ketua Polis Kulai Tok Beng Yeow berkata semua suspek berusia lingkungan 23 hingga 42 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di sekitar Senai pada Sabtu dan semalam.
“Pada Khamis lepas, kira-kira pukul 1.30 pagi, polis menerima laporan terdapat seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun diserang dengan senjata parang di kedai makanan dan minuman akibat perselisihan faham antara mangsa dan kumpulan itu.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian perut dan kepala dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata semua suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata polis masih mencari beberapa individu yang dipercayai turut terlibat dalam kejadian itu.
Katanya mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut diminta tampil memberikan maklumat di IPD Kulai atau menghubungi pegawai penyiasat di talian 010-7647789.