Pengguna Celcom di wilayah utara alami gangguan servis

Pengguna Celcom di wilayah utara alami gangguan servis

Syarikat telekomunikasi itu berkata, pasukan teknikal pihaknya sedang berusaha memperbaikinya dan mengembalikan perkhidmatan dengan segera.

PETALING JAYA:
Pengguna Celcom di wilayah utara mungkin mengalami beberapa masalah dengan perkhidmatannya hari ini.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Celcom berkata, penggunanya yang berada di bahagian Hulu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mungkin mendapati perkhidmatan suara serta internet mereka terjejas akibat kerosakan kabel.

“Pasukan teknikal kami sedang sedaya upaya memperbaiki masalah dan akan segera mengembalikan perkhidmatan secepat mungkin,” katanya.

Menjawab kiriman itu, pengguna Twitter @Kysonycuv mengadu terpaksa menunggu selama 3 jam selepas perkhidmatan rangkaian di kawasannya terganggu.

Seorang lagi pengguna Twitter @ IniAlalalannn, mempersoalkan Celcom yang tidak memaklumkan pengguna mengenai gangguan perkhidmatan itu dengan lebih awal lagi.

“Kenapa tak tunggu lusa baru nak maklumkan? Sudah 3 jam lebih tiada servis baru sahaja bagitahu? Kurang kompeten betul,” katanya.

Selain mempersoalkan cara menuntut bayaran balik sepanjang mengalami gangguan servis tersebut, beberapa pengguna turut meluahkan keinginan mereka untuk menukar akses kepada syarikat telekomunikasi lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.