
Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, berkata Johan mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan, ekonomi, dan penggubalan dasar. Sebelum ini, Johan timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan.
Johan, 50, lulusan Universiti Cambridge dengan kepujian kelas pertama, seorang akauntan bertauliah dan pernah berkhidmat sebagai timbalan ketua pengarah (dasar) Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan pengarah belanjawan negara.
Beliau menggantikan Asri Hamidin, yang dilantik pada 2020 dan diberi cuti pada Disember, sejurus selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri dan seterusnya mengambil alih portfolio kewangan.
Anwar dilaporkan berkata, penggantian Asri “perkara biasa”.